3 PERKARA YANG IRA ABDULLAH BELAJAR DALAM MAJLIS MAKAN MALAM DI CAMBRI

Nota Editor: Kisah yang banyak membantu Editor dan Rakan-Rakan seperjuangan yang lain melalui pengalaman yang telah dikongsi dan dirasai sendiri oleh yang empunya badan, iaitu Puan Ira Abdullah telah dikongsikan pada team D’yana.

 

” Assalamualaikum semua! Is everyone doing ok? Saya baru saja attend dinner di universiti adik saya dan harini dia convo.

Just nak share, adik saya akan graduate dari University of Cambridge, antara 3 universiti terbaik di dunia untuk pengajian undang-undang.Semasa Majlis Makan Malam, saya, adik saya dan mak sahaja yang berhijab. Yang lain semua mat saleh dan kami ditempatkan di meja paling penting dalam dewan. Kedudukan kami bersebelahan dengan Dekan dan dua professor kanannya. Salah seorang professor tu juga adalah seorang paderi. Di sebelah saya satu lagi, seorang wanita berumur.

Suami dan anak wanita tu juga bekas pelajar Cambridge. Dan mendiang ayah wanita itu adalah pensyarah di Cambridge merangkap seorang saintis di dalam bidang astronomi.Wanita tua itu sendiri adalah seorang cikgu ballet, mempunyai sebuah ballet school dengan 300 pelajar.

Saya tanya tentang Cambdrige. “Kalau anak kita dapat masuk Cambridge, kalau di England ni, adakah ia sesuai perkara yang besar? Mata dia bulat bila dengar soalan saya dan terus dia cakap “Yesss, it is a big thing! This is a prestigious university, number 1 in the world, aside from Oxford!”

Ada di kalangan kawan-kawan adik saya, masa umur 10 tahun dah pasang cita-cita nak masuk Cambridge, dan berjaya.Wanita tua itu memperkenalkan saya pada seorang pelajar Yahudi yang akan konvo bersama dgn adik saya harini.

Dia seakan-akan terkesima bila saya cerita pasal D’yana, di mana kami miliki 9 buah cawangan dan In Shaa Allah akan bertambah dimasa akan datang. Selain itu, perancangan nak tembus pasaran Singapore dan Brunei. Dia ingat kita pakai tudung tak capable kut….. And i told her, we have a good team. That’s why.Dia plak excited bawak saya jumpa keluarga dia.

Bila kita bersama dengan orang hebat, itulah yang saya dapat pelajari.

SIAPA ORANG YANG HEBAT?

  1. Mereka banyak mendengar berbanding bercakap.
  2. Mereka tidak ada rasa keinginan untuk menunjuk-nunjuk. Hanya berkongsi sedikit kejayaan yang telah dicapai,itupun sebab ditanya.
  3. Mereka tidak bercakap mengenai orang lain. Mereka lebih suka bercakap bukan melibatkan orang lain, seperti apa yang mereka buat, kenapa mereka suka perkerjaan mereka dan apa sumbangan yang mereka lakukan kepada orang lain. Menghargai pencapaian orang lain. Hanya bercerita tentang hal-hal positif dan hal isu semasa

 

"Great minds discuss ideas;
average minds discuss events;
small minds discuss people."

Search

Just added to your cart:
Qty:
Total:
Subtotal:
Excl. postage 
My Bag
Just added to your wishlist:
Excl. postage 
My Wishlist